BLOG HITS

Friday, 22 February 2013

setiap doa memberi faedah

assalamualaikum,

hye.... ingat lagi tak buku yang sye ckp tu??
haha ini serba sedikit yang sye akan kongsi kepada kamu semua.....
so baca dengan teliti dan fikir-fikirkan lah... ;-)


  • ( every prayers brings benefits )
        Setiap orang yang beriman perlu yakin, doa yang dipanjatkan kepada Allah, Tuhan yang maha suci dan maha mengabulkan doa pasti memberi faedah bagi kehidupan di dunia dan akhirat.

        Memang sebahagian drpd kita kadang-kadang merasakan yang kita banyak berdoa tetapi Allah tidak pernah makbulkan doa kita.... tetapi bolehkah kita membiarkan perasaan seperti itu muncul dalam hati kita? Jawapan nya tentu TIDAK !! Ini kerana Allah bergantung pada sangkaan hamba kepada-Nya. Apabila kita merasakan doa kita tidak termakbul, itulah yang akan berlaku kepada kita sebenarnya...

        Allah maha mengetahui semua keperluan makhluknya dan Dia lah yang lebih memahami apa yang kita perlukan dalam mengharungi kehidupan ini. Dialah yang maha mengatur perjalanan hidup setiap makhluk dengan segala kudrat dan iradatnya. Semuanya berada dalam genggaman kekuasaan Allah yang tidak terbatas....

       Apabila seseorang itu banyak berdoa kepada Tuhan, dia tidak rugi walau sedikit sekali pun! sebaliknya, dia lah orang yang memperoleh keuntungan. Kita sering memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu bagi meringan kan beban fikiran dan jiwa kita. Apabila kita menceritakan masalah kita kepada seseorang, bebanan yang kita tanggung akan berkurang. Begitu jugalah bagi seseorang yang berdoa kepada Allah S.W.T. Berdoa bererti mengadu masalah kepada Allah. Allah adalah sebaik-baik teman yang mendengar semua masalah kita. Dialah yang dapat memberikan penyelesaian terbaik bagi sesiapa sahaja yang memelukannya....

Itu adalah salah satu aspek yang positif ataupun manfaat doa. 
So setakat ini dulu yang saya ingin kongsi dan nanti saya akan kongsi kan lagi apa yang ada di dalam buku itu....haha tunggu k.... 

oke bye ~ din ~

No comments:

Post a Comment