BLOG HITS

Tuesday, 19 February 2013

bukan ketagih dadah, tetapi ketagih FACEBOOK..

assalamualaikum,

hye semua pernah tak kamu terfikir apa yang akan terjadi jika facebokk tidak diwujudkan sehingga sekarang???
so yang nak dijadikan cerita nya sekarang ini ramai yang telah hanyut dengan belaian facebook...
termasuk saya juga yang telah hanyut  dengan facebook....

          Tidak dinafikan lagi yang facebook ini sememangnya melalaikan dan telah membawa ketagih kepada penggunanya.... Daripada survey yang dijalankan di London, pengguna facebook akan menghabiskan masa dan terlalu lama menggunakannya sehingga mereka tidak gembira dengan kehidupan mereka yang sebenar...

      Menurut survey yang dijalankan itu, pengguna yang menggunakan kompuer dan melayari internet akan terus masuk ke laman web sosial tersebut....( termasuk saya juga...hee ).... Golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah adalah golongan yang didapati berisiko tinggi mengalami ketagihan itu !!!

       Sebahagian daripada responden merasakan kehidupan mereka yang dikecapi oleh mereka sebelum ini telah diambil oleh Facebook... Didapati mereka banyak luangkan masa yang ada untuk melayari Facebook sehingga perkara lain yang lebih penting ditinggal kan....

        Daripada survey yang dibuat secara lawak itu, 85% daripada mereka mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan sebahagian dari mereka akan membuka laman tersebut terlebih dahulu berbanding laman web yang lain tidak kira menggunakan komputer atau alat telekomunikasi yang lain.....

        Di Malaysia, ketagihan menggunakan Facebook juga dilihat sama tahapnya dengan pengguna yang lain di luar negara... Tetapi pengguna Facebook di Malaysia ini banyak menghabiskan masa mereka di Fanpage serta Group dengan membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang dan hakikat nya merekka sangguh menghabis kan masa seharian mereka di depan komputer....
haha ini la hakikat nya....

sebenarnya jika kita menggunakan facebook dengan betul ia akan mendatangkan manfaat kepada kita, tetapi jika sebaliknya ia akan mendatangkan perkara yang buruk...
* haha okea la renung-renungkan la semua ;-)




No comments:

Post a Comment